Menyusu
badan memberikan seribu kebaikan, samada kepada bayi mahupun si ibu itu
sendiri.
Kesan
baik itu bukan hanya dirasai ketika bayi masih kecil, namun kekal sepanjang
hayat meliputi efek terhadap perkembangan fizikal, mental, emosi dan
pembentukan peribadi seorang anak. Oleh itu, makanan yang berkhasiat dan
seimbang sangat penting bagi ibu menyusu. Malah, makanan tersebut bukan sahaja
berkhasiat tetapi mampu memperbanyakkan susu ibu. Bagi ibu-ibu yang menyusu di
luar sana, jom semak makanan yang anda perlu makan untuk banyakkan air susu.
1.
Lobak Putih
Anda
boleh parutkan lobak putih tersebut dan direndam di dalam air suam sebelum
diminum begitu sahaja.
2.
Buah Longan Kering
Rebus segenggam
longan kering bersama kurma kering, kismis atau barli sehingga kembang. Untuk
rasa yang lebih sedap,masukkan sedikit gula merah. Longan kering biasanya boleh
dibeli di pasaraya atau kedai ubat cina.
3.
Kacang Tanah
Bagi
menambah kandungan susu badan ibu yang menyusukan bayi, si ibu digalakkan
mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing. Kacang tanah
sememangnya kaya dengan protein yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium,
vitamin B kompleks dan fosforus.
4. Kurma
Unsur
zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling
tinggi bagi membentuk susu ibu,maka dengan pengambilan kurma ini,ia dapat
menggalakkan pertambahan kandungan susu. Malah ia juga kaya dengan zat besi dan
membekalkan kalori segera yang diperlukan terutamanya buat ibu menyusu.
5. Pucuk
betik/Betik muda
Air
rebusan daun betik muda boleh melancar dan menambahkan susu bagi ibu-ibu yang
menyusui bayi mereka dengan susu badan. Rebus beberapa helai daun betik yang
sederhana muda dan minumlah dua hingga tiga kali sehari. Pucuk betik atau betik
muda ini juga boleh dimakan mentah dan dimakan bersama nasi sebagai
ulam-ulaman.
6. Halba
Rendam
sedikit halba dengan air suam dan minum airnya. Anda juga letakkan halba
ini di dalam masakan seperti sup, kari atau nasi.
7. Habbatus Sauda
Habbatus Sauda adalah salah satu makanan sunnah yang diamalkan
Rasulullah. Ramai ibu tidak tahu bahawa ia dapat menambahkan susu si ibu.
Malah ia amat berkhasiat sehinggakan Rasulullah pernah bersabda, bahawa ia
berupaya mengubati pelbagai penyakit kecuali maut.
8.
Jantung Pisang
Boleh
di celur dan dimakan seperti ulam-ulaman atau lebih enak dimasak gulai
lemak.Jantung pisang bukan sahaja sedap dimakan, ia juga berkesan untuk
menambahkan susu badan bagi ibu yang mengalami kekurangan susu badan.
9.
Kacang Soya
Makanan
berasaskan kacang soya seperti air soya, tempe atau tauhu diketahui umum
berupaya menambah pengeluaran susu ibu. Walaubagaimanapun, pengambilan susu
soya buatan sendiri adalah tidak digalakkan kerana kemungkinan besar anda akan
terdedah kepada kesan negatif kacang soya yang tidak diingini.
Info
Ekstra!
Pengambilan
Air Putih Yang Banyak
Si ibu
yang menyusu mestilah kerap minum air putih supaya tidak mengalami dehidrasi
atau kekurangan air dalam badan. Dehidrasi boleh membuatkan susu ibu
menjadi kurang. Si ibu disarankan meminum air putih sekurang-kurangnya
tiga liter sehari.
KHASIAT
SUSU IBU KEPADA BAYI
- Susu ibu dapat
menentang penyakit biasa seperti sembelit, lelah dan enzema.
- Susu ibu tersedia
bila-bila masa,mudah diurus,tidak perlu dicuci atau disteril dan bebas
daripada sebarang kuman dan bakteria. Malah susu ibu tidak akan
basi.
- Mampu meningkatkan
kecerdasan bayi dan pertumbuhan sel-sel otak sehingga 10-15 kali lebih
cepat berbanding bayi yang meminum susu formula.
- Mencegah daripada
penyakit rabun malam.
- Mencegah bayi dari
mendapat alahan.
- Menggelakkan taun.
- Menggelakkan bayi dari
terkena jangkitan telinga.
- Susu ibu mengandungi
Asid Docosahexanoic dan Asid Arachidonic yang membantu pertumbuhan sistem
otak dan saraf.
KHASIAT
MENYUSU BAYI BAGI IBU
Menyusukan
bayi akan bantu si ibu kembali kepada bentuk tubuh asal dengan lebih cepat.
Hormon oksotosin yang terdapat dalam susu ibu dapat membantu pengecutan rahim
dengan menyingkirkan plasenta. Bagi si ibu yang tidak menyusukan bayi,amat
rugilah anda kerana rahim anda sukar untuk mengecut kepada keadaan asal.
·
Menyingkir
Mekonium
Di
dalam usus bayi yang lahir, terdapat beberapa jenis bahan yang dikenali sebagai
mekonium. Bahan ini jika tidak dibuang akan memberi kesan yang buruk kepada
bayi. Oleh yang demikian, kolostrum yang terdapat dalam susu ibu boleh
menyingkirkan bahan tersebut daripada tubuh bayi.
·
Mudah
DiHadam
Khasiat
yang terdapat dalam susu ibu lebih cepat diserap ke dalam sistem tubuh bayi
berbanding susu formula. Ini disebabkan oleh enzim yang terkandung dalam susu
ibu membantu proses penghadaman.
Tahukah
anda bahawa susu badan mengandungi antibodi kepada pelbagai jenis penyakit.
Oleh itu, jika bayi disusukan secara eksklusif, mereka terlindung daripada
daripada pelbagai jenis penyakit berbahaya termasuklah pneumonia,bronkitis,
influenza dan banyak lagi.
·
Mengelak
Berlakunya Pendarahan
Apabila
menyusukan bayi, si ibu akan mengeluarkan oksitosin yang merangsang kontraksi.
Kontraksi tersebut dapat menutup saluran darah maternal. Sekaligus pendarahan
dapat dielakkan.
·
Mengurangkan
Kadar Insulin
Berita
baik untuk anda yang menghidap penyakit kencing manis kerana kadar insulin
dapat dikurangkan dengan hanya menyusukan bayi.
Salah
satu khasiat susu ibu adalah vitamin A. Seperti yang diketahui, vitamin A baik
untuk kesihatan mata.
·
Bertindak
Sebagai Ubat Penenang
Susu
ibu mengandungi oksitosin yang dapat membantu menenangkan bayi. Oleh itu,bayi
dengan sendirinya akan tenang setelah meragam.
KESIMPULAN
Ibu-ibu
yang menyusu perlulah melengkapkan diri serba sedikit dengan ilmu tentang
penyusuan bagi mempermudahkan proses penyusuan bayi anda. Sesungguhnya susu ibu
merupakan pengerat kasih sayang antara ibu dan juga si kecil.
0 comments :
Post a Comment